Kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz
Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di awal pagi Khamis 14hb
September 2017 amat menusuk kalbu. Lebih 20 jiwa suci terkorban. Secara
zahirnya kita boleh mengatakan bahawa itu semua adalah qadha dan qadar yang
telah termaktub sejak azali dan kita sebagai se orang yang beriman, harus akur
tanpa soal dan menerimanya dengan redha akan ketentuanNya.
kepada mala petaka ini. Artikel ini
tidak bermaksud untuk menuding jari atau mencari kesalahan mana-mana pihak
kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Nyawa
anak-anak yang terkorban juga mustahil dapat dikembalikan.
Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah dari aspek punca kenapa peristiwa tragis seperti ini
berlaku dan bagaimana kaedah terbaik yang boleh dilakukan oleh semua pihak
sebagai satu langkah berjaga-jaga agar peristiwa hitam seperti ini tidak
berulang kembali.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid, pemeriksaan awal mendapati bahawa pusat tahfiz itu belum mendapat kelulusan
pihak berkuasa. Ini bermaksud pusat tahfiz tersebut beroperasi secara ‘haram’. Haram
di sini bukan bermaksud haram dari sudut hukum tetapi dari sudut perundangan.
melabelkan sebuah pusat tahfiz seperti itu kerana di situlah tempatnya anak-anak
diajar mengaji, menghafaz dan memahami ayat-ayat Allah. Namun kita harus sedar
bahawa dengan menjalankan operasi pusat tahfiz secara ‘haram’ ia akan mengundang
banyak risiko antaranya adalah risiko kebakaran seperti yang telah berlaku.
Persoalannya, apakah al Quran mengajar umatnya agar lalai dan cuai dalam
menguruskan sesuatu? Jawapannya pasti tidak. Justeru, pihak yang mengendalikan
mestilah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa manakala
pihak berwajib pula haruslah bertindak lebih
tegas demi menyelamatkan nyawa anak-anak yang tidak berdosa, kerana melindungi
nyawa adalah salah satu dari maqasid Syariah yang penting di dalam Islam.

menyebutkan bahawa kemungkinan punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas
dan gegelung ubat nyamuk. Meskipun ini mungkin bukanlah punca sebenar yang
membawa kepada tragedi ini, namun aspek ini wajib diberi perhatian. Kebakaran
yang berpunca dari gegelung ubat nyamuk bukan kali pertama berlaku. Namun ramai
yang tidak memberi perhatian serius. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru
tengadah!
tahfiz pesendirian menggunakan khidmat pendawaian dari mereka yang kurang
profesional bagi menjimatkan kos. Akibatnya banyak kes yang membawa kebakaran
disebabkan oleh pendawaian yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan dan
akhirnya membawa bencana yang sepatutnya boleh dielakkan. Menurut kenyataan
dari pihak bomba juga, pusat tahfiz tersebut juga tidak mempunyai peralatan memadam kebakaran.
Ini juga boleh dianggap kecuaian yang sepatutnya dielakkan.
menafikan keikhlasan para pemilik pusat-pusat tahfiz untuk memertabatkan Al
Quran, namun sebagai pemilik yang diamanahkan oleh ibu bapa, perlulah lebih
bertanggungjawab bukan hanya sekadar mendidik dan mengajar mereka dengan
ajaran-ajaran al Quran, tapi dalam masa yang sama menjaga keselamatan dan
kesejahteraan mereka.
Takziah kepada semua ibu bapa dan keluarga anak-anak yang
terkorban, moga Allah meletakkan anak-anak tersebut di dalam syurga penuh
kenikmatan. Ameen!
Salam Ukhuwah dari saya. Dr Nik Rahim Nik Wajis +6018 3563 832 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia






