SAYA HARAMKAN DIRI DAN KELUARGA MENJEJAKKAN KAKI KE TESCO

Dulu saya adalah pelanggan tetap tesco. Kami belanja antara RM500 ke RM1k setiap bulan di tesco nilai, Negeri Sembilan. Now NO MORE! Saya HARAMKAN diri saya dan seluruh keluarga menjejakkan kaki ke tesco sepanjang hayat. Kami tidak rela membantu tesco yg membantu kerajaan Zionis israel terus membunuh saudara2 kami di Gaza. Anda bagaimana?

#boycotttesco
#boycottmcdonalds
#boycotttrump
#savepalestine
#deathwithisrael

Produk keluaran Yahudi yang patut diboikot

Menjawab hujah McDonald’s Malaysia

Benar, McDonald’s Corporation bukan milik mana-mana individu. Ia
syarikat yg tersenarai di bursa saham dan boleh dianggap sebagai
syarikat milik bersama semua pemegang-pemegang saham. Pengurusan McD
juga bertukar-tukar biar pun pernah dipimpin oleh individu berbangsa
Yahudi dan pro-Israel. Namun, ini bukan isunya.
Boikot ke atas
McD tidak dijalankan kerana CEOnya adalah seorang berbangsa Yahudi dan
pro- Israel. Biarpun ada sebahagian pihak memainkan isu ini, ia bukan
hujah yang kuat dan bernas melainkan sekadar sentimen yang rasis. Hujah
ini tidak wajar dipertahankan dan perlu ditolak.
Boikot tidak
mengenal bangsa dan agama. Kalau seorang Arab atau Melayu sekalipun yang
menyokong dan menyumbang kepada kezaliman Zionis Israel, ia juga akan
diboikot.
McD diboikot bukan kerana latarbelakang bangsa mahupun
kecenderungan peribadi CEOnya tetapi kerana SYARIKAT itu secara
konsisten menyumbang kepada kelestarian negara haram Israel.
McD
merupakan penyumbang tegar (tidak terhad melalui sistem ‘Matching Gift’)
Jewish United Fund (JUF) yang berperanan menjaga nama baik Israel dan
kebajikan warganya (luar dan dalam Israel). JUF juga menjalankan kempen
agar lebih ramai bangsa Yahudi berhijrah ke Palestin untuk mengukuhkan
kedudukan mereka di sana. Lebih mengejutkan lagi, JUF juga aktif
membantu warga Israel ketika perang! Sumbangan McD telah menyebabkan
mereka diiktiraf dalam rakan korporat JUF.

Selain JUF, McD turut
menyumbang kepada beberapa agensi Yahudi pro-Israel yang lain. Salah
satunya adalah Spertus Institute For Jewish Learning and Leadership di
Chicago, Illnois. Institut ini merupakan antara institut terkemuka yang
berusaha melahirkan generasi muda Yahudi yang berketrampilan dan
mempunyai keinginan yang tinggi untuk membela Israel. Institut ini
pernah menganugerahkan ijazah kehormat kepada Yitzhak Rabin, bekas
Menteri Pertahanan Israel (1984-1990) yang melaksanakan polisi ‘force,
might and beating’ dalam cubaan membasmi gerakan Intifada Palestin yang
pertama. Polisi ini telah menyebabkan beliau digelar ‘the bone breaker’.

Satu lagi badan Yahudi yang menerima sokongan McD ialah Illinois
Holocaust Museum & Education Center. Sokongan McD ini telah
membolehkan CEOnya, Donald Thompson menerima anugerah semasa
Humanitarian Award Dinner 2012 muzium tersebut.

Namun, satu
hakikat yg tidak disebut oleh McD dan tidak diwar-warkan oleh pihak yg
melancarkan kempen boikot McD sendiri ialah hakikat bahawa McD mempunyai
cawangan di negara haram Israel (Palestin 1948) dan merupakan fast food
restaurant terbesar dgn penguasaan pasaran sehingga 70%! Kewujudan McD
Israel adalah faktor terbesar mengapa McD wajar diboikot!!!
McD
Israel dibina atas tanah rakyat Palestin yg kini terpaksa merempat di
kem-kem pelarian di West Bank, Gaza, Lubnan dll. McD Israel mengaut
keuntungan atas kesengsaraan pelarian Palestin dan hasil mahsul Palestin
yg kini dijarah Zionis Israel. Ini hakikat yg tidak pernah
diceritakan!!!
Kita mengakui McD Corporation turut menyumbang
kepada aktiviti-aktiviti masyarakat yang positif sbg sebahagian daripada
CSRnya. Namun, ia tidak seharusnya melepaskan McD daripada jenayah
mereka membantu kezaliman Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Yang
salah tetap salah.
McD Corporation wajar diboikot kerana ia
mengaut keuntungan atas kesengsaraan rakyat Palestin melalui McD Israel
selain sumbangannya kepada JUF dll. McDonald’s Malaysia juga bukan

innocent kerana biar pun diuruskan oleh Golden Arches Restaurant,
hakikatnya keseluruhan saham McDonald’s Malaysia adalah milik McDonald’s
Corporation. Ini fakta yg tidak diceritakan.
Benar, McD Malaysia
ada yg dipunyai dan diusahakan oleh franchaisi-franchaisi tempatan
tetapi yg tidak didedahkan ialah berapa peratus adalah milik franchaisi
tempatan? Realitinya peratusan franchaisi tempatan bukanlah majoriti
(sekitar 28% sahaja). Jika ini menjadi pertikaian, boikot blh difokuskan
kpd rangkaian McD yang berada di bawah kelolaan penuh Golden Arches
Restaurant.
Sebarkan info ini jika anda rasa ia bermanfaat.
– Khalid Jimat,
Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE)

Salam Ukhuwah dari saya.

Dr Nik Rahim Nik Wajis
+6018 3536832 – Nilai Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post