Salam sahabat semua,Moga dirahmati Allah setiap masa.
Dah lama saya pendam. Nak sangat kongsi dengan sahabat semua “Kenapa Saya Tidak Jadi Jutawan?” Sedangkan saya sebenarnya sudah terlalu hampir untuk menggapai status ‘jutawan’ itu sekitar tahun 1996-2005 semasa berada di Brunei Darussalam. Soalan ini nanti akan saya jadikan topik buku tulisan saya insya Allah. Namun sebelum buku tersebut menjadi realiti saya akan kongsikan dengan sahabat apabila saya punyai ruang masa yg mengizinkan.
(Part 1)
Namun tidak ramai yang mampu menggambarkan atau tidak tahu bagaimana sebenarnya liku-liku perjalanan yang dilalui atau ciri-ciri yang dimiliki oleh para jutawan tersebut sebelum mereka menggapai title tersebut.
Berdasarkan kepada pengalaman saya terdapat 3 elemen penting yang perlu ada bagi setiap individu yang mempunyai impian untuk bergelar jutawan.
Pertama: Berjimat cermat.
Orang yang boros dan berbelanja secara tidak berhemah usah mimpi untuk jadi jutawan walau sebesar mana pendapatan yang mereka perolehi. Saya bercakap tentang orang biasa macam saya dan sebahagian besar pembaca dan bukan mereka yang ‘born millionaires’. Saya akan ceritakan pengalaman saya dalam isu yang kritikal ini dalam siri yang akan datang insya Allah.
Merapoh, 12Mac 2016.
Part 2.
Saya dari keluarga yang susah. Ayahnda dan bonda saya hanya orang kampung biasa. Hidup kami amat sederhana. Makan dan pakai seadanya. Sebaik selepas solat subuh ayah terus ke kebun mak pula uruskan anak-anak. Begitulah rutin ayah bonda saban hari sehinggalah usia ayah bonda merangkak senja. Saya dapat rasakan betapa sukarnya ayah bonda yang terpaksa membanting tulang demi sesuap nasi dan menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak seramai 9 orang. Setiap kali apabila cuti sekolah kami anak-anak dikerah ke kebun untuk membantu meringankan beban ayah bonda.
Bertolak dari rasa simpati tersebut saya bertekad untuk merobah keadaan ini. Saya tidak rela melihat ayah bonda terus menerus memerah keringat demi kami. Saya menanam azam untuk belajar sehingga ke peringkat paling tinggi dengan harapan bila bekerja nanti mampu merobah nasib ayah bonda serta adik beradik yang hidup dalam kesukaran pada saat itu.
Pada tahun 1996 saya memperolehi ijazah P.hd dari sebuah universiti di Scotland dan bekerja di salah sebuah universiti di Malaysia. Namun sangkaan saya bahawa dengan berkelulusan P.hd saya mampu meraih gaji yang lumayan rupanya meleset begitu jauh sekali. Ya! Gaji P.hd saya jauh dari mencukupi apalagi untuk membantu ayah bonda dan juga kaum kerabat. Dari situ saya berazam dan tidak berhenti berusaha untuk jadi kaya..untuk jadi jutawan..bukan untuk saya tapi untuk ayah bonda saya…untuk kaum kerabat saya..untuk jiran tetangga saya…untuk agama..untuk saudara seagama yang ditindas di Gaza Palestine…di Syria..di Burma…di mana sahaja. Saya tidak mahu hanya memperoleh pahala niat semata-mata. Saya mahu infaq dan memberi manafaat sebanyaknya semasa saya hidup selari dengan hadith Nabi s.a.w ” Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manafaat kepada manusia lain.”
Jadi sebagai conclusion…saya perlu jadi jutawan…saya perlu jadi kaya…agar saya boleh berbakti kepada semua.
Wallahu a’lam.
12 Mac 2016 – stesen bas Machang Kelantan.
Mungkin ramai yang tersenyum sinis bila saya sebutkan dalam tulisan saya di dalam part 1 bahawa saya sudah terlalu hampir untuk menjadi jutawan. Pasti ramai yang tertanya-tanya, apa yang menyebabkan saya begitu yakin akan bergelar jutawan pada masa sekarang ini?
Baiklah..begini ceritanya..semasa saya bekerja di sebuah universiti sebaik menamatkan Phd pada tahun 1996 saya dilantik untuk memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pemakanan dan Perkhidmatan universiti dan diberikan eluan bulanan sebanyak RM2000. Jawatan ini diwujudkan oleh Jabatan Rektor bagi menjamin kualiti pemakanan dan perkhidmatan warga universiti. Ini berlaku pada tahun 1998-1999. Hati saya tersangat gembira sebab jumlah itu agak besar dan kehidupan saya dan keluarga sedikit demi sedikit mula bertukar menjadi sedikit mewah. Namun “kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.” Jawatan yang disandang hanya selama 9 bulan tiba-tiba dimansukhkan akibat pergolakan politik pada masa itu. Presiden telah ditukar. Bila presiden ditukar maka secara lumrahnya rektor yang dilantik oleh presiden juga turut bertukar dan ini turut membabitkan saya kerana jawatan saya diwujudkan oleh rektor. Saya turut terkesan dengan konflik politik yang saya bukan sebahagian darinya. Saya diarahkan kembali ke jabatan dan meneruskan kembali tugas hakiki saya iaitu sebagai pensyarah di bahagian Syariah.
Akibat dari ini saya kehilangan RM2000 secara tiba-tiba. Bayangkan betapa sukar kehidupan bila kehilangan sejumlah wang yang sebegitu besar dalam keadaan pelbagai komitment kewangan telah dilakukan termasuk ansuran rumah, perbelanjaan keluarga, ibu bapa di kampung dan lain-lain. Nafas saya menjadi sesak. Apa yang patut saya lakukan? Fikir punya fikir akhirnya saya membuat keputusan untuk berhijrah. Tapi ke mana? Saya membuat beberapa pencarian dan akhirnya saya membuat keputusan untuk bekerja di Brunei.
Maka bermulalah episod paling indah dalam hidup saya dan keluarga. Pada tanggal 1hb Julai 1999 saya memulakan tugas di sebuah universiti di Brunei Darussalam. Saya bersyukur kepada Allah kerana dalam tempoh 6 tahun bekerja di Brunei saya berjaya mengumpulkan sebanyak RM740,000.00 termasuk gaji, bonus, gratuiti dan lain-lain. Setelah ditolak RM240,000.00 untuk perbelanjaan keluarga,membayar hutang lapok termasuk membayar balik sejumlah wang kepada pihak kerajaan kerana terpaksa membatalkan kontrak dengan tempat kerja lama, menghantar wang elaun bulanan kepada ayah bonda tercinta, maka masih terbaki RM500,000.00 atau dalam erti kata lain – setengah juta- maka atas asas ini saya berani mengatakan bahawa jika wang sebanyak ini ada di tangan se orang investor atau business man, saya yakin hanya dalam masa kurang dari 10 tahun, jumlah ini akan berganda menjadi RM1juta. Untuk contoh yang paling mudah jika saya membeli dua buah rumah teres sekitar tahun 2005 selepas saya ditamatkan perkhidmatan di Brunei Darussalam, dan nilai kenaikan hanya sebanyak 10% setahun, nilai rumah tersebut kini sudah melebihi 100% kenaikan. Ini bermakna nilai dua buah rumah yang dibeli pada 2005 kini sudah bernilai RM1juta. Dan saya sudah bergelar jutawan!
Cuma persoalannya, kenapa ini tidak berlaku kepada saya? Kenapa saya tidak invest wang tersebut? Atau melibatkan diri dalam perniagaan?
Insya Allah akan saya jawap semua persoalan ini dalam siri-siri akan datang insya Allah.
12 Mac 2016
Kemuning, Machang Kelantan.
Terus terang saya katakan, saya memang dalam kategori ini. Saya memang amat boros. Belanja hingga lupa dunia. Saya pernah habiskan sekitar RM20,000 hanya dalam beberapa bulan – bershopping sakan – melalui satu portal online shopping yang amat terkenal pada masa itu iaitu e-bay. Saya pernah beli video recorder yang belum lagi sampai ke Malaysia pada masa itu. Saya beli bola boling kegemaran saya dari US. Peralatan untuk sukan equestrian dan berbagai-bagai lagi barang-barang kesukaan saya. Pernah suatu hari isteri menegur. Kata isteri tak baik abang membazir. Saya terus tanya isteri, apa definisi membazir? Isteri terkedu dan kelu tak terkata. Saya kata membazir itu kalau kita beli kemudian kita tidak pakai atau beli suatu yang tidak memberi manafaat kepada kita sedangkan apa yang dibeli pada pandangan saya ketika itu amat bermanafaat. Jika soalan itu ditanya kepada saya sekarang, pasti saya akan bersetuju 100% dengan pandangan isteri. Sejak itu isteri tidak lagi berani menegur dan saya semakin galak berbelanja.
Kota Bharu Aiport
13 Mac 2016.





0 responses to ““KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN?” – PART 1 – PART 5”
Berjuta2 ucapan terima kasih banyak2 saya ingin ucapkan kpd DR Nik Rahim kerana sudi memberi pengkongsian dan pencerahan kpd kami semua tentang perjalanan hidup anda dan semoga anda diberikan kesihatan wal afiaat dalam rangka untuk terus berkhidmat kepada ummah sekaliannya,jazakallahu khairan kathiran.
sama2 tuan. sedikit perkongsian utk dijadikan panduan dan teladan. Moga Allah meredhai. Ameen
Terima kasih ustaz
Dimana boleh dapatkan buku tuan ye