KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 18)

PASSION VS HOBBY
Dalam siri yang lalu saya
cadangkan supaya mereka yang tidak puas hati dengan gaji yang mereka perolehi
atau tidak puas hati dengan layanan majikan mereka, maka mereka amat digalakkan
untuk berhenti dan melibatkan diri dalam perniagaan. 
Saya dah kerja lebih 20 tahun. Tapi saya lebih seronok buat bisnes walaupun
dalam bisnes saya belum lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Berbanding
bekerja walapun mendapatkan pendapatan bulanan yang boleh dikatakan agak tinggi
juga berbanding mereka yang lebih rendah daripada saya, jiwa saya memang di
dalam bisnes. Saya selalu kongsikan ide ini dengan para pelajar saya. ”
Bussiness is my passion, teaching is my hobby”. Mungkin ada yang
mempersoalkan komitmen saya dalam kerja sebagai pensyarah. Boleh ker saya
perform dalam kerja sebagai pensyarah kalau saya hanya letakkan tugasan hakiki
saya sebagai pensyarah hanya sebagai “hobby” dan bulan passion? 
Untuk menjawab persoalan ini saya berani mengatakan bahawa ia sedikitpun tidak
menjejaskan performance saya. Saya amat serius semasa mengajar. Bahkan amat
serius dalam mendisiplinkan para pelajar saya. Punctuality adalah asas dalam
kelas saya. Student yang lambat hadir, saya kunci pintu dan tak benarkan mereka
masuk. Saya masih ingat semasa mengajar di Brunei sekitar tahun 1999-2005 saya
kunci pintu bila se orang pelajar perempuan yang merupakan se orang peguam
menangis teresak-esak kerana tidak dapat masuk kelas. Pada masa itu saya
mengajar subjek Undang-Undang Jenayah Islam bagi kursus Diploma in Islamic Law
and Practice (DILP). 
Selain tidak membenarkan pelajar memasuki kelas jika terlambat saya juga
wajibkan setiap pelajar study subjek saya selama sekurang-kurangya 3 jam
sebelum memasuki kelas saya. Saya pernah minta lebih 80 pelajar dari 120
pelajar keluar dari lecture hall kerana gagal mencukupkan masa membaca selama 3
jam. Tapi saya bersyukur kerana selepas itu saya tidak lagi melakukan demikian
kerana semua pelajar mulai faham tanggungjawab mereka. 
Saya juga aktif dalam penyelidikan dan sering juga membentangkan kertas kerja
di dalam dan luar negara termasuk Pakistan, Bangladesh dan yang terbaru Turkey.
Semua ini adalah bukti betapa saya amat mengambil berat dengan kerja saya
meskipun bagi saya “mengajar adalah my Hobby”. 
Jika anda ada satu-satu hobby adakah anda buat secara sambil lewa? Bagi saya
tidak. Hobby adalah suatu yang kita minati. Orang yang minat motor besar
sebagai contoh sanggup menabung bertahun-tahun lamannya semata-mata untuk
membeli motor tersebut. Orang yang minat mendaki akan sanggup keluarkan belanja
besar untuk membeli peralatan mendaki. Orang yang suka menanam bunga akan
sanggup laburkan wang ribuan ringgit hanya kerana membeli bunga yang menjadi
kegilaannya. Ertinya hobby tidak menjadikan anda “less serious”
tentang apa yang anda lakukan.
Manakala passion bermaksud suatu yang anda amat minati. Ia seakan sebati dengan
jiwa anda. Ke mana anda pergi anda sentiasa terfikir-fikir tentangnya. Anda
juga amat serius berusaha merealisasikan apa passion yang anda miliki.
Dalam kes saya, jika saya diberi peluang membuat pilihan, saya pasti akan
memilih perniagaan sebagai my top priority. Sebab jiwa saya memang dalam
perniagaan. Kenapa saya memilih perniagaan? Banyak sebab sebenarnya. 
Pertama, kerana amat yakin bahawa rezeki itu 9/10 terletak dalam perniagaan
seperti yang disebut oleh Nabi s.a.w. Saya tak mahu terus menerus mengejar yang
1/9 seperti sekarang ini. Kenapa harus mengejar yang kecil kalau kita ada yang
lebih besar?
Kedua, berdasarkan pengamatan saya, makan gaji, pendapatannya amat terhad
sedangkan dalam perniagaan, pendapatannya adalah unlimited.
Ketiga, kebebasan. Saya suka kebebasan. Saya tidak selesa dikongkong. Saya mahu
buat suatu yang saya suka bila-bila saya suka melakukannya. Saya mahu bercuti
semasa saya rasa saya mahu bercuti bukan bila boss kata saya boleh bercuti.
Keempat, saya suka cabaran. Cabaran menjadikan saya lebih kuat dan memberi saya
satu kepuasan bila berjaya mencapai sesuatu matlamat yang saya tetapkan.
Wassalam – Bersambung…..
“Saya mahu anda jadi Jutawan
dengan tips yang saya kongsikan.”
Artikel ini boleh juga anda
baca di
~JANGAN JADI SEPERTI SAYA!”
~ Ikhlas~
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
Kg Penanjong Tutong Brunei Darussalam
Jumaat 26 Mac 2016 / 17Jamadil Akhir 1437
#Kenapasayatidakjadijutawan
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian
ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain
agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.

(Sertai
Contest – KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN – mulai hari ini dan siri-siri akan
datang. Apa yang perlu anda buat? mudah sahaja.
Pertama: Hanya beri komen sebanyak dua patah perkataan sahaja bagi setiap siri
tulisan saya.
Kedua: jawab soalan yang dikemukakan (jika ada).
Pemenang akan dipilih berdasarkan komen yang diberikan pada setiap siri. Hanya
satu komen dibernarkan pada setiap siri) dan jawapan tepat yang diberikan. 
Sebanyak 10 buah buku – KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN – disediakan bagi
contest ini.
Selamat mencuba!

0 responses to “KENAPA SAYA TIDAK JADI JUTAWAN? (PART 18)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post