KENAPA SAYA TIDAK JADI
JUTAWAN? (PART 42)
RUKUN KE 4 PERANCANGAN
KEWANGAN – WASIAT DAN HIBAH
Moga berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah sepanjang masa dan
dikurniakan kekuatan dalam menghadapi cobaan hidup yang sungguh mencabar…
Ameen!
semua sehingga ke saat ini….dan kita sudahpun memasuki bulan Sya’ban menandakan
tidak lama lagi kita sama-sama akan menyambut ‘tetamu’ paling istimewa bernama
Ramadhan. Moga Allah terus beri kita
peluang dan ruang kepada kita untuk terus berbakti dan mengabdikan diri
kita kepadaNya. Ameen!
yang ke 4 perancangan kewangan Islam iaitu wasiat dan hibah. Saya yakin jika
anda sudah mencuba segala tips yang saya kongsikan sejak siri pertama hingga
kini, maka anda akan dapat melihat satu bentuk transformasi berlaku dalam
pattern perbelanjaan anda. Mungkin anda sudah mula berhati-hati dan
berkira-kira sebelum berbelanja. Semalam semasa balik kampung, saya sempat
bersembang ringkas dengan adinda saya Nik Halawati yang baru saja meletakkan
jawatan sebagai guru agama di Taska di Kuantan untuk menumpukan sepenuh
perhatian kepada perniagaan MLM yang beliau ceburi sejak lebih satu tahun yang
lalu. Alhamdulillah, hasil kerja kuat serta ‘istiqamah’ di dalam syarikat yang
sama, sudah nampak bibit kejayaan dalam perniagaan beliau. Beliau sudah beli
kereta baru – Nissan Almera dan bayaran ansurannya sebanyak RM800. Saya
‘mencuit’ beliau sikit. “sebenarnya Ha tak perlu lagi beli kereta tu walaupun
nampak bisnes dah bertambah maju’. Usik saya berseloroh. Adinda saya cepat
respon tapi bukan melatah. Katanya dia perlukan kereta sebab banyak bergerak ke
sana ke mari untuk promosi bisnesnya. “Ok…perlu kereta, tapi kenapa Nissan
Almera? Kenapa tidak Proton?”. Tanya saya menguji. “Proton tak bergaya”
jawabnya diikuti ketawa kecil.
ruang yang patut diperbaiki anak beranak. Penyakit ni kita semua ada. Penyakit
suka berbelanja. Penyakit suka bergaya walaupun pendapatan belum lagi
melayakkan kita untuk berbuat demikian” balas saya agak sedikit tegas. Adinda
saya hanya tersenyum tanda mengiyakan kata-kata saya.
saja bertatih-tatih berniaga takaful atau MLM atau berniaga apa sahaja, Income baru dua tiga ribu sudah mula pakai
kereta mewah kononnya untuk tarik lebih ramai pelanggan. “Tu, yang dulu tu!
Masa naik capcai buruk dulu, ok jer. Ramai jer customer yang awak dapat?” kata
saya kepada salah se orang anak muda dalam satu pertemuan tidak lama dulu di
bangunan Etiqa di Kuala Lumpur. Ramai sekali yang mencipta macam-macam alasan
untuk ‘boros’ dan ‘bergaya’ sedangkan mereka sebenarnya masih terlalu mentah
dalam perniagaan. Kanda saya Poknik pernah pada tahun 1990an ditawarkan kereta
mewah Citroen Xantia yang bernilai RM170,000 pada waktu itu kerana telah
melayakkan diri mencapai target dalam syarikat. Nak tau apa jadi lepas itu?
Beliau berhenti dari syarikat tersebut dan terpaksa membayar sendiri kereta
tersebut sehingga hampir saja diishtihar muflis. Inilah bahayanya jika kita
buat keputusan dalam perbelanjaan kita berasaskan NAFSU dan bukan AKAL yang
rasional dan WARAS.
kedua-dua kaedah ini sebenarnya adalah pelengkap kepada perancangan kewangan
anda. Jika anda sudah berjaya mengawal nafsu berbelanja dan anda kini sudah
tidak boros lagi, pastinya anda akan melihat limpahan wang anda di sana-sini.
Dari wang lebihan tersebut maka anda mula laburkan dalam emas, property, stock
market dan anda juga tidak lupa mengambil perlindungan diri dan keluarga
melalui syarikat takaful dan lain-lain. Maka dari situ anda akan mula generate
income saban tahun. Anda mula mengumpul kekayaan. Kekayaan dan asset anda
semakin meningkat setiap tahun dan akhirnya mungkin selepas 10 tahun, anda
bergelar JUTAWAN! Tahniah kepada anda. Cara hidup anda mula berubah. Anda
sering saja melancong ke luar negara. Anda tunaikan umrah bersama keluarga
hampir setiap tahun. Anda juga tidak lokek untuk menderma dan membantu orang
yang memerlukan. Anda tunaikan zakat serta kewajipan-kewajipan terhadap
keluarga, jiran dan lainnya. Hidup anda amat bahagia. Sekali-sekala anda
terkena sakit. Anda tidak risau sebab anda punyai perlindungan takaful. Wang
anda tidak terkesan walaupun anda terpaksa membayar bil hospital yang mencecah puluhan
ribu ringgit kerana semuanya ditanggung oleh syarikat takaful. Sebaik keluar
dari hospital anda kembali meneruskan rutin hidup anda seperti biasa.
tahun. Anda semakin lanjut usia. Harta dan asset anda terus meningkat. Namun
persoalannya, apakah yang anda sediakan jika tiba-tiba anda dijemput Tuhan?
Tidakkah anda risau kelak nanti harta yang bernilai jutaan ringgit akan menjadi
punca perbalahan dan pertelingkahan antara anak-anak anda? apakah anda rasa
dengan segala kebajikan yang anda lakukan selama ini sudah mencukupi? atau anda
rasa ianya perlu ditambah bagi menjamin anda mempunyai bekalan yang cukup untuk
hidup yang kekal abadi di akhirat nanti? Apakah anda sanggup meninggalkan
anak-anak serta isteri tercinta ke hulu ke hilir, naik turun mahkamah kerana
nak uruskan harta pusaka peninggalan anda?
anda tidak lagi perlu risau. Anda boleh ‘istirihat’ dengan aman dan damai ‘di
sana’ insya Allah. Ya! Wasiat dan hibah adalah dua kaedah penyelesaian di atas.
berlaku sebaik anda pergi menemui Sang Pencipta. Dengan berwasiat anda telah
merancang lebih awal dari perancangan waris-waris anda. Anda kena faham. Ramai
anak, pasti banyak ragamnnya. Bukan kita tidak percaya kepada anak-anak dan
juga isteri. Tapi biarlah kita berjaga sebelum terkena. Dah banyak sangat kes
yang berlaku dalam masyarakat kita. Bila ayah meninggal anak beranak
berantakan. Ada kes ibu saman anak. Anak saman ibu. Anak melarikan wang pusaka
ayah dan banyak lagi. Puncanya? Antaranya ialah kerana Wasi atau Pentadbir
(juga di kenali sebagai Executer) yang biasanya dilantik dari kalangan anak
lelaki paling tua dalam keluarga TIDAK AMANAH!
JANGAN lantik anak-anak sebagai WASI. Bukan tak percaya anak, tapi supaya
‘pisang tidak berbuah dua kali’. Mungkin kes-kes pecah amanah yang berlaku
bukan dari keluarga anda, namun ianya tidak mustahil turut ‘berjangkit’ jika
tiada langkah-langkah ‘pencegahan’ dilakukan.
salah satu langkah pencegahan yang terbukti amat berkesan. Ini kerana pihak
tersebut tiada kepentingan dalam harta dan asset yang ditinggalkan berbanding
anak. Bila melantik anak sulung lelaki sebagai contoh, dia ada kepentingan
dalam harta tersebut. Wasi selain dari pemegang amanah, adalah juga pentadbir
dan mempunyai kuasa sebagai executor atau pelaksana kepada harta yang ditinggalkan.
Dalam erti kata lain, wasi ini mempunyai kuasa penuh dalam ‘mencairkan’ semua
harta peninggalan anda dengan alasan untuk diagihkan kepada waris-waris yang
lain.
telah ditarbiah untuk takut pada Allah. Sebab mereka semestinya akan berlaku
jujur menunaikan amanah dalam membahagikan harta sebaik dan seadil mungkin
walaupun ‘godaannya’ lebih hebat dari godaan se orang wanita cantik dan gebu lagi mempersona!
mana-mana syarikat atau peguam yang menawarkan servis penulisan wasiat.
Sekarang ni tidak alasan untuk anda tidak membuat wasiat sebab anda boleh buat
wasiat di mana-mana saja termasuk di bank-bank seperti bank Muamalat, Bank
Islam dan banyak lagi.
perlantikan WASI atau pentadbir (executor)
seperti yang telah saya terangkan sebelum ini. Ini langkah paling kritikal. Tak
guna anda buat wasiat sedangkan anda masih lagi menetapkan dalam wasiat bahawa
yang akan jadi wasi adalah anak anda sendiri. Jika ini berlaku, ianya seakan
TIDAK membuat wasiat sebab perkara utama yang anda ingin elakkan ialah pertelingkahan
dan perbalahan yang MUNGKIN akan berlaku dalam pembahagian harta pusaka kelak.
sekali di hadapan anda. Jika anda katakan kepada anak-anak sebagai contoh, “kalau
ayah meninggal nanti, ayah nak kamu Along jadi pentadbir. Bahagilah sama rata. Tak
kira yang lelaki ke perempuan ke, ayah nak semua dapat harta ayah yang tak
seberapa ni sama rata. Ayah sayang kamu anak-anak sama saja lelaki dan
perempuan. Sebab tu ayah nak bahagikan harta ni sama banyak. Sama juga dengan
emak kamu. Bagilah harta ayah pada mak sama rata macam kamu bagi untuk adik
beradik kamu”. Kata anda kepada anak
sulung anda dalam satu majlis bersama anak-anak dan isteri anda. Yang lain
hanya mendengar. Mereka semua akan akur dan tunduk. Anak sulung anda juga
begitu, kerana anda masih lagi bersama mereka.
mampu menduga apa yang bakal terjadi seandai wang juta-juta ‘terhidang’ di
hadapan mata? Apakah mereka masih mampu bertahan dan mengingati ‘wasiat’ anda
kepada mereka? Jawapannya belum tentu. Sebab Itulah pentingnya melantik orang
lain atau pihak lain yang tiada berkepentingan dan juga telah terbukti melalui
latarbelakang dan sejarah kewujudannya mampu melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang anda amanahkan seperti Amanah Raya dan yang seumpamanya.
manafaat dari menyebut Amanah Raya dalam tulisan saya ini. Saya sebut sebab
saya memang pernah beberapa tahun sekitar tahun 2005-2007 menjadi ejen korporat
Amanah Raya bahkan nama ‘bekas’ syarikat saya Syihab Excellence Agency Sdn Bhd
masih lagi ada di dalam laman web Amanah Raya dalam ruangan ‘syarikat yang
telah dibatalkan’ lesen kerana tidak aktif! Saya sebut ‘bekas’ sebab syarikat
tersebut telah saya jual kepada se orang sahabat kerana saya terpaksa kembali
ke bidang akademik.
melantik Amanah Raya sebagai contoh maka apabila anda telah ‘pergi’ nanti tiada
siapa pun dari kalangan waris anda wang boleh membatalkan perlantikan ini dan
semua harta pusaka anda akan diuruskan dan diagihkan oleh Amanah Raya atau ARB.
Tapi ingat! Bukan PERCUMA tau? Sekarang ni mana ada yang percuma. Semuanya kena
bayar. Usah anda risau dengan bayaran dan charges yang dikenakan oleh ARB. Ianya
hanya sekitar 0.50% -4% dari nilai kasar harta pusaka anda. Mahal ker? Tidak begitu
mahal kerana proses pentadbiran harta pusaka adalah satu proses yang amat rumit
dan kadangkala mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk diselesaikan jika
anda lakukannya sendiri. Bahkan ianya amat berbaloi, kerana dengan kaedah ini
anda BERJAYA elakkan suatu ‘tragedi’ dari menimpa keluarga anda yang amat anda
sayangi.
waris-waris anda akan berlaku. Kalaupun ada mungkin sedikit kekecohan di
pejabat ARB bila ada dari kalangan anak-anak yang tidak berpuas hati dan mahu
mentadbir harta pusaka sendiri. Tapi semuanya itu tidak begitu kritikal sebab
mereka sememangnya tidak akan dapat melakukan apa-apa selain berbuat kecoh!. Anda
tersenyum ‘di sana’ kerana anda telah melakukan satu langkah yang amat bijak
semasa hayat anda. Tahniah!
senaraikan semua HUTANG yang anda ada semasa wasiat itu ditulis. Ini amat
penting selain dari takut berlakunya perbalahan dalam keluarga, penyenaraian HUTANG
juga adalah salah satu dari kebaikan yang ada dalam penulisan wasiat. Maksudnya
di sini, bila anda serahkan kepada ARB untuk uruskan harta pusaka, anda juga
senaraikan semua hutang piutang anda, maka ARB akan terlebih dahulu
melangsaikan hutang-hutang anda sebelum pembahagian harta pusaka dilakukan. Hutang
anda dengan bank, hutang zakat pendapatan, nazar, fidyah, hutang dengan individu
atau apa-apa saja bentuk hutang yang wajib anda bayar, maka hendaklah
disenaraikan.
dengan teruk sekali di dalam kubur. Di dalam sebuah hadith diriwayatkan bahawa terdapat
se orang sahabat Nabi yang meninggal dunia dalam keadaan berhutang sebanyak dua
Dinar. Nabi s.a.w enggan mensolatkan solat jenazah ke atasnya sehinggalah se
orang sahabat bernama Qatadah berjanji untuk melunaskan hutang sahabat tersebut.
Setelah itu barulah Rasulullah s.a.w mensolatkan jenazah sahabat tersebut.
tersebut, maka Nabi s.a.w memaklumkan kepada beliau bahawa mayat sahabat
tersebut sudah berhenti dari disiksa dan mayatnya kembali dalam keadaan dingin.
kerana ianya amat berbaloi. Azab Allah di dalam kubur adalah amat dahsyat. Bukan
setakat 0.50%-4% yang akan sanggup anda bayar bahkan memberikan seluruh harta
anda sekalipun anda akan sanggup untuk mengelakkan dari disiksa dalam kubur. Lagipun
bukan anda yang bayar yuran perkhidmatan tu, waris anda yang bayar!
(movable) atau yang tak alih (immovable) termasuk wang di bank, Tabung haji, saham, saham
anda dalam mana-mana syarikat (bagi mereka yang memiliki syarikat), takaful, rumah,
tanah dan semua asset anda yang mungkin anda beli secara ‘sembunyi’ kerana
takut diketahui oleh pasangan masing-masing kerana sebab-sebab tertentu,
semuanya perlu anda senaraikan dengan detail. Maksudnya nombor akaun bank, nombor akaun Tabung haji, nombor polisi takaful dan lain-lain hendaklah ditulis
dengan terperinci. Begitu juga alamat di mana letaknya asset anda. Ini adalah
bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbir untuk mentadbir harta pusaka anda
sebaik sahaja anda meninggal dunia. Waris anda tidak perlu bersusah payah naik
turun mahkamah. Mereka tunggu saja di rumah. Pihak ARB akan memanggil mereka
apabila semua urusan telah selesai.
memanggil semua waris dan akan membacakan wasiat anda kepada semua ahli waris
sebaik sahaja anda meninggal dunia. Jadi bila anda menulis wasiat, jangan saja
tulis harta, hutang, wasi dan lain-lain, tapi tulislah juga wasiat-wasiat dan
peringatan kepada anak-anak dan juga isteri agar jadi anak-anak yang soleh dan
taat kepada ibu. Pesan juga agar jangan tinggalkan solat sebagai contoh dan
doakan anda! Itu semua penting untuk dilakukan kerana anda sudah pergi.
disedekahkan. Ini penting untuk kesejahteraan anda di alam akhirat nanti. Wasiatkan
contohnya 10% daripada harta pusaka anda selepas ditolak hutang untuk
disedekahkan kepada masjid, surau, pusat tahfiz dan sebagainya. Begitu juga
kalau anda ada anak angkat yang sejak kecil anda pelihara dia, maka
wasiatkanlah sebahagian dari harta peninggalan anda. Maksimum wasiat yang boleh
anda buat untuk bukan waris ialah sepertiga dari keseluruhan harta pusaka anda.
ialah nama-nama ahli waris serta jumlah atau peratusan harta yang hendak
dibahagikan kepada mereka. Bagi saya, saya lebih cenderung untuk bahagikan
harta saya yang tak seberapa ni secara sama rata antara isteri-isteri dan juga
anak-anak. Ada orang tanya, eh! Boleh ker tetapkan bahagian dan berapa banyak
yang nak diberikan kepada waris? Kan ada hadith yang sebut “Tidak boleh wasiat
kepada ahli waris?”. Jawapannya boleh. Tidak
ada masalah. Ada hadith lain yang diriwayatkan oleh Al Darul Qutni mengatakan
bahawa boleh ahli waris menerima wasiat dengan syarat ahli-ahli waris lain bersetuju.
Jadi jika saya mahu wasiatkan supaya semua harta peninggalan saya dibahagikan
sama rata antara ahli waris saya, dan tiada bangkangan dari sesiapa dari
kalangan ahli waris, maka ianya adalah harus. Tapi kalau ada, contohnya anak
lelaki saya komplen dan tak nak ikut wasiat saya tapi nak ikut faraid, tidak
ada masalah. Bahagikan untuk dia secara faraid dan yang baki ikut wasiat. Selesai!
Tapi anak itu akan jadi anak yang berdosa sebab langgar dan ingkar wasiat dan
pesanan ayahnya!
rujukan anda. Saya nasihatkan supaya anda jangan dedahkan isi kandungan wasiat
anda kepada sesiapa termasuk isteri yang anda kasihi bagi mengelakkan perkara-perkara
yang tidak diingini. Macam-macam boleh berlaku kerana dalam wasiat anda mungkin
ada yang tidak puas hati. Orang yang tak puas hati bila tidak dapat mengawal
emosinya boleh melakukan suatu yang diluar jangkaan. Justeru, eloklah dielakkan
sebelum sampai masanya!
berwasiat masih mampu hidup puluhan tahun selepas itu. Wasiat bukan tanda kita ‘nak
mati’ tapi tanda orang yang bijak yang bersedia sebelum mati!
di –www.drnikrahim.com-
Ust Dr Nik Rahim Abu Umair Al-Nikmy
USIM, Nilai, Negeri Sembilan
Isnin 14 Mei 2016 / 7 Sya’ban 1437
#jutawanmuslim
#jutawanmukmin
#sharingiscaring – jika anda merasakan bahawa perkongsian
ini bermanfaat, kenapa tidak anda share dengan sahabat-sahabat anda yang lain
agar mereka juga beroleh manafaat yang sama.






