sering mengajar di masjid dan surau. Memang ustaz dan para tok guru âsahamâ
mereka agak tinggi setaraf dengan orang korporat. Sebab itu ramai wanita takut
nak kawin dengan para ustaz kerana mereka amat bimbang suami mereka bernikah
lagi!
untuk berpoligami sebab katanya dia tidak mampu. Pendapatan pun sekadar cukup
untuk satu keluarga. Lagipun kata ustaz ini, se orang isteri sudah mencukupi.
Isterinya melayannya dengan baik dan beliau sangat menyayangi isterinya itu.
Beliau khuatir jika bernikah lagi, akan terguris lukalah hati isterinya.
dari sejak mula bernikah, beliau tutup hatinya rapat-rapat meskipun sering saja
dihampiri oleh ahli jamaah wanita yang ingin menjadi isteri beliau. âSaya tak
kisah ustaz saya jadi isteri ke berapa pun. Asal saja ustaz sudi jadi suami
sayaâ kata Wani (bukan nama sebenar) tanpa segan dan malu menawarkan diri untuk
menjadi isteri kepada Ustaz Wan (bukan nama sebenar) meskipun beliau tau bahawa
Ustaz Wan memang sudah beristeri dan mempunyai 2 orang anak. âUstaz tak payah
fikir pasal belanja. Saya dah ada semuanya. Rumah, kereta dan lain-lain. Saya
juga ada bisnes. Nanti kalau ustaz setuju, kita sama-sama uruskan bisnes ni.
Sekarang payah nak dapat orang yang amanah ustaz.â Luah Wani bagi meyakinkan
Ustaz Wan tentang hasrat hatinya.
kepalanya. Memang Ustaz Wan tidak mudah tergoda. Meskipun telah berkali-kali
didekati oleh wanita-wanita cantik dan kaya sebelum ini, namun hatinya tetap
teguh. Seteguh gunung Kinabalu. Namun kali ini, kelihatan Ustaz Wan merasa
begitu sukar untuk melupai pertemuan pertama mereka sebaik selesai kuliah Subuh
di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Memang Ustaz Wan akan melayan pertanyaan ahli
jamaah yang ingin bertanya sebaik saja usai kuliahnya.
Memang dia risau isterinya akan berkecil hati dengannya jika dia bernikah lagi.
Tapi nalurinya seakan mendesaknya untuk menerima Wani sebagai isteri keduanya.
Akhirnya, hati Ustaz Wan seakan terbuka. Dia redha dan pasrah. Mungkin ini
sudah suratan buatnya. Lalu dia beristikharah seperti biasa. Bukan satu malam,
tapi tujuh malam berturut-turut melakukan solat istikharah dan solat hajat
memohon pertunjuk dari Yang Maha Esa.
Allah, aku tidak tahu samada Wani ini baik untuk aku, untuk keluarga aku, untuk
kehidupan aku di dunia dan akhirat. Ya ! Allah jika Wani ini baik untuk aku,
jadikanlah dia isteriku dan jika dia tidak baik buatku, keluargaku dan
kehidupan dunia dan akhiratku, maka jauhi dia dirikuâ.
Ustaz Wan saban malam. Mungkin benar telahan Ustaz Wan bahawa jodohnya dan Wani sememangnya telah tertulis di azali
meskipun dia sedaya upaya mencuba untuk tidak melakukannya. Akhirnya mereka
bernikah. Isteri pertamanya, meskipun agak terkejut dan sukar menerima hasrat
hati Ustaz Wan untuk bernikah lagi akhirnya akur dengan kehendak Ustaz Wan.
âSayang jangan risau. Tidak ada yang berubah. Abang akan tetap sayang pada Wati
dan anak-anak macam biasa. Kalaupun ada perubahan hanya giliran malam sajaâ.
Tegas Ustaz Wan kepada isterinya Wati.
Saya sengaja membawa kisah ini bagi menggambarkan senario yang mungkin telah
berlaku dan akan berlaku kepada ramai lelaki di luar sana. Jadi âmahuâ bernikah
dan berpoligami saja bukan jaminan untuk seseorang itu berjaya berpoligami. Ia
hanya akan berlaku sekiranya kemahuan dan keinginan seseorang itu bertepatan
dengan kehendak dan keinginan Allah Yang Maha Esa. Macam saya! Saya memang mahu
dan kebetulan Allah juga mahu. Maka berlakulah apa yang berlaku.
Saya bernikah dengan isteri saya yang kedua selepas 20 tahun saya bernikah dengan
isteri saya yang pertama. Kenapa begitu? Apakah saya tidak berusaha? Jawapannya
ya! Saya berusaha. Tapi ianya tidak akan berlaku sehingga Allah izinkan ia
berlaku dan ia berlaku setelah 20 tahun. Mungkin juga saya tidak punyai sebab
yang kukuh untuk bernikah.
bernikah pun bukan kerana kekurangan-kekurangan yang ada pada isteri saya, tapi
saya sendiri yang memerlukan lebih dari satu isteri. Kini saya mempunyai 3
orang isteri Alhamdulillah. Yang keempat? Saya serah kepada Allah. Untuk
mencari mungkin tidak. Tapi kalau ada yang datang menawarkan diri seperti yang
berlaku di dalam kisah Ustaz Wan yang diceritakan sebelum ini, saya pasrah.
Siapa kita untuk menolak takdir dan ketentuan Allah Yang Maha Berkuasa di atas
segalanya.
suatu yang asing jika saya âmenurunâ arwah datuk saya. Sekali lagi saya ulang,
mencari mungkin tidak, tetapi jika ditakdirkan saya dianugerahkan Allah isteri
yang keempat bagi memenuhi kouta yang ada, saya pasrah!
maka adalah menjadi tugas anda sebagai suami untuk mengenali sifat isteri anda
dan ditahap mana isteri anda berada. Adakah isteri anda berada di peringkat
paling ekstrim di mana jika anda sebut perkataan âpoligamiâ sahaja di depannya
maka isteri anda akan terus bertukar sifat menjadi âharimau jadianâ dan akan
menerkam anda dengan buas tanpa belas kasihan? Jika ini sifat isteri anda,
nasihat ikhlas saya, lupakan niat anda untuk berpoligami. Anda sememangnya
ditakdirkan bermonogami sehingga ke akhir hayat. Redhalah dengan ketentuan
Allah ini. Mungkin poligami tidak baik untuk anda meskipun anda bermimpi
berpoligami pada setiap malam semasa berada di sisi isteri pertama anda. Isteri
anda adalah satu-satunya isteri anda dunia dan akhirat insya Allah.
kerana anda ingin âtunjuk heroâ dengan cara berpoligami. Usah terpedaya dengan
kawan-kawan anda yang lebih miskin dan rendah kedudukannya dari anda kerana
isteri mereka tidak sama dengan isteri anda. Jagalah isteri anda dengan baik.
hanya kerana mahu berkahwin lain. Saya juga amat menentang keras mereka yang sanggup
menceraikan isterinya hanya kerana isteri pertamanya enggan membenarkannya
berkahwin lagi. Kecualilah anda memang ada masalah dengan isteri pertama. Lalu
anda jalinkan hubungan dengan wanita lain dengan niat yang tulus ikhlas untuk
mengahwininya.
dan menentang sekeras-kerasnya hasrat anda. Dalam keadaan ini pilihan di tangan
anda samada untuk meneruskan hasrat menikahi wanita yang baru anda kenali atau
teruskan sisa-sisa hidup dengan isteri anda yang berupa âharimau jadianâ.
Salam Ukhuwah dari saya.
Dr Nik Rahim Nik Wajis (Ibn Nik Wajis)
+6014 820 7111 (Call/Whatsapp) / +6018 356 3832 (call /sms only)
Nilai, Negeri Sembilan




